DADAH

Home | Dadah Dan Ciri-cirinya | Jenis-jenis dadah | Blank page | Related Links | Contact Me | Blank page

opium.jpg

JENIS-JENIS DADAH

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

a.) Opiat dan opiat sintetik
b.) Stimulan
c.) Ganja
d.) Halusinogen
e.) Depresen
f.) Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahguna

A.) APA ITU OPIAT?

opium.jpg

Dadah jenis opiat diperoleh daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lau ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.











JENIS-JENIS OPIAT

1.) MORFIN
2.) HEROIN
3.) KODEN
4.) CANDU
5.) OPIAT SINTETIK
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperoleh setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik

Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : 'M', 'White powde', 'Monkey', 'Morpho'.


Morfin Mentah
-Berbentuk blok/sebuk
-bertanda '999'
-Mengandungi 70%-90% morfin
-Juga dipanggil Heroin No. 1


Bes Morfin
-Seperti serbuk kopi halus
-Mengandungi 60%-70% morfin


Pil-Pil Morfin
-Mengadungi morfin sulfat/murfin hidroklorid
-pil kecil berwarna putih/coklat pucat.
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

Cara Mengunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan: 'Fit', 'Fun', tepung, Cik putih, barang dan 'Penang pink'
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

Cara Menggunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk
andu adalah sejenis narkotik yangmempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. candu dihasilkan daripada buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menganjal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.

Cara Menggunakan : Menghisap dengan paip atau dengan cara 'chasing the dragon'.
Nama Jalanan : 'Black Stuff', Opium, Madat dan Tar
opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti 'methadone', 'pethidine', 'dipipanone' dan 'dextroproxyphene'. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan unutk melegakan kesakitan. Kini 'methadone' digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.



Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik

Nama Jalanan : 'Fizzies', 'Dollies'.

opium.jpg

Stimulan merupakan bahan psikaktif yang meragsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau 'Amphetamine-type-stimulants (ATS) dan kokain.










JENIS-JENIS STIMULAN

1.) AMFETAMIN
2.) METHAMPHETAMINE
3.) KOKAIN
4.) MDMA
5.) OPIAT SINTETIK
Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine' adalah dadah yang sangat merbahaya.

Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedut ('chasing the dragon')
'Methamphetamine hydrochloride' merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumplan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh 'methamphetamine hydrochloride' yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu dan yaba. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut ('chasing the dragon'
Nama Jalanan : 'Ice'
kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : 'Coke', 'Crack', 'Snow', 'Flake'

Kokain 'Freebase' adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk 'granules'. Crack' mempunyai ketulenan sehingga 905 dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.
'Methylenedioxy-methamphetamine' (MDMA) merupakan analog meskalin dan amfetamin. Ia dipanggil 'fell good drug' dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rasa pengguna muda.
opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti 'methadone', 'pethidine', 'dipipanone' dan 'dextroproxyphene'. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan unutk melegakan kesakitan. Kini 'methadone' digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.

Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : 'Ecstasy', 'XTC'

Dadah Musuh No. 1 Negara.